Wednesday 9 May 2012

TANDA-TANDA KENA SIHIR / SANTAU


TANDA SEMASA JAGA
- Masak nasi, lauk pauk, cepat basi. Misalan, masak pagi, petang dah basi.
- Tiba-tiba bau busuk/wangi di rumah dan terus hilang. Berlaku beberapa kali.
- Nampak kelibat orang lalu di sebelah kiri, kanan atau depan.
- Perasan ada orang di belakang tetapi bila tengok, takde orang.
- Kerap bunyi goli di atas dinding rumah.
- Kerap bunyi kerusi tarik-tarik di atas dinding rumah.
- Barang-barang electronic di rumah cepat rosak. (Eg. TV, radio, fridge, computer..etc..)
- Duit asyik hilang di rumah tanpa sebab.
- Ahli keluarga rumah cepat marah-marah @ emosional
- Tak suka duduk rumah. Rasa serabut sangat-sangat. Lebih suka dan tenang di luar rumah.
- Selalu bergaduh di antara satu sama lain di rumah.
- Dengar orang yang dikenali (misalan: mak, bapak, adik, abang, suami isteri...etc) panggil tapi tengok takde orang.
- Tanda-tanda lebam di peha kaki @ mana2 anggota badan apabila bangun pagi.
- Perubahan watak (character) berlaku kpd seseorang. (Misalan, dahulu dia seorang yg ceria dan periang tapi sekarang suka menyendiri.)
- Suka tengok cermin lama-lama @ barang-barang lama yang melampau.
- Suka tengok bulan mengambang di tingkap.
- Suka tengok pokok-pokok di luar tingkap rumah pada waktu malam.
- Suami isteri makin susah nak bertemu dan duduk berbicara, susah nak bersatu. Timbul syak-wasangka yang bukan2
- Kemesraan suami isteri makin jauh berkurangan tanpa sebab munasabah
- Kedai / Business dahulu selalu ramai orang kunjungi tetapi sekarang berkurangan dengan teruk.
- Terjumpa pasir, air atau benda2 pelik yang berada di depan pintu masuk rumah / kedai secara tiba-tiba.
- Sakit kepala, sesak nafas, sakit macam-macam tetapi apabila pergi jumpa doktor, doktor kata takde apa2, normal.
- Bila x-ray, terjumpa macam2 benda2 yang mustahil masuk dalam badan seperti staples, paku, paper clip dan sebagainya.
- Ibadah makin berkurangan, makin malas
- Rasa Malas melampau, mengantok luar biasa, Lemah semangat terutama menjelang maghrib
- Rasa tidak senang / meluat bila dengar bacaan ayat-ayat Quran, Azan @ zikir-zikir
- Menyukai/menyintai/merindui kaum sejenis (Gay,Lesbian,Homoseks,Penkid DLL)
- Hilang nafsu pada pasangan, tetapi nafsu kemuncak bila melihat orang lain yang bukan pasangan anda. Nafsu kemuncak pada orang yang diharamkan anda nikahi
- Rasa teringin mengadakan hubungan seks dgn pasangan melalui saluran2 yang tidak diizinkan Agama seperti Dubur & nafsu menjadi kemuncak pada waktu2 yang diharamkan bersetubuh seperti waktu Haid
- Suka makan dengan tangan kiri & merasa benci makan dengan tangan kanan
- Gatal yang melampau pada bahagian alat sulit, celah peha, dalam kulit, sendi2 @ mana2 anggota terutama waktu senja
- Tak boleh tengok darah @ senjata2 tajam
- Mudah stress walau pada masalah yang kecil, mudah berdebar2 dan mudah terkejut
- Sakit dalam perut @ gastrik melampau, migrain/sakit kepala yang melampau, sakit yang boleh berubah-ubah tempat
- Sakit Melampau pada bahagian belakang/pinggang, sendi2 @ mana2 anggota badan walaupun anda dah berulang kali berjumpa doctor @ mengurut
- Naluri kemuncak untuk membunuh diri @ membunuh seseorang
- Suka makan makanan yang mentah2, masih berdarah & sukakan makanan basi
- Kacip gigi geraham semasa tidur
TANDA2 SEMASA TIDUR
- Mimpi ular, lipan @ binatang2 berbisa
- Mimpi Darah
- Mimpi Jatuh dari tempat tinggi @ terawang-awangan di udara
- Sukar tidur walaupun anda sudah cukup tidur sebelum ini
- Mimpi melihat orang2 pelik / aneh
- Mimpi berada di kawasan tanah perkuburan @ lokasi2 aneh
- Mimpi anak kecil bermain2 dengan anda, menyusu @ sentiasa bersama anda
- Kerap bermimpi bersetubuh dengan seseorang yang dikenali @ tidak
- Kerap bermimpi berjumpa dengan arwah ibu, ayah, datuk @ ahli keluarga yang lama/baru meninggal dunia
- Mimpi bunuh diri
- Mimpi Binatang2 Hitam seperti anjing, kucing, harimau DLL
- Sering ditindih & rasa sesak nafas semasa tidur @ Orang melihat kita gelisah semasa tidur, menangis @ ketawa tiba2..

Tuesday 8 May 2012

AMALAN PEMBALIK : AMALAN UNTUK MERENDAHKN, MENYEKAT KEJAHATAN & MEMBALIK KEJAHATAN/SIHIR KEPADA PENGUPAH SIHIR & TUKANG SIHIR


AMALAN PEMBALIK : AMALAN UNTUK MERENDAHKN, MENYEKAT KEJAHATAN & MEMBALIK KEJAHATAN/SIHIR KEPADA PENGUPAH SIHIR & TUKANG SIHIR

AMALAN UNTUK MERENDAHKN, MENYEKAT KEJAHATAN & MEMBALIK KEJAHATAN/SIHIR KEPADA PENGUPAH SIHIR & TUKANG SIHIR (amalan PEMBALIK).... : AMALKAN Setiap Awal Waktu Dhuha (Slps Solat Dhuha & Solat Hajat) & Selepas Maghrib..

Ya Khaafidh (Wahai Tuhan Yg Merendahkn) 1000x
Ya Jabbar (Wahai Tuhan Yg Mengalahkn) 21x
Ya Qaadiir (Wahai Tuhan Yg Maha Kuat) 554x
Ya Qaabidh (Wahai Tuhan Yg Memegangi/Menggenggam) 1000x
Ya Hasiib (Wahai Tuhan Yg Maha Menghitung) 777x
Ya Qahhar (Wahai Tuhan Yg Maha Gagah) 306x
Ya Muntaqim (Wahai Tuhan Yg Maha Membalas) Sebanyak Mungkin Sampai Anda Merasakan Pihak Berkenaan Berada Di Hadapan Anda...

Kemudian Baca 7x (ayat 18, Surah Al-Baqarah) smbil Meniatkan Rosak/Musnah Sekalian Anggota & Sendi Musuh Terutama Telinga, Mulut & Mata Juga Fikiran Musuh.. Hembus ke arah hadapan anda..

Baca Ayat 249 : Surah Al-Baqarah, Ayat 17 : surah Al-Anfal, ayat 23 & 65 : surah Al-Maidah, ayat 111 : surah Taha, ayat 8-9 : surah Muhammad, surah An-Nasyr & Surah Al-Fiil.. Niat Memulangkan Semua Penyakit Anda & Memporak-Perandakan Musuh Iaitu Penyihir & Pengupah Sihir... Hembus Depan.. Amalkan Setiap Hari Sampai 41 hari @ Lebih....

PERINGATAN : AMALAN INI ADALAH SESUAI UNTUK PESAKIT2 SIHIR YG SUDAH LAMA & BERPANJANGAN.. BOLEH JUGA DIAMALKAN OLEH AHLI KELUARGA PESAKIT.. SENTIASAKAN JUGA AMALKAN SOLAT SUNAT TAUBAT, SOLAT HJAT JUGA SOLAT DHUHA.. SENTIASA BERSEDEKAH.. I-ALLAH ANDA BOLEH MELIHAT KESANNYA...
SEMOGA DIBERKATI ALLAH HENDAKNYA....

KONSEP PERUBATAN ISLAM : PERUBATAN ISLAM KELANTAN NAHDATUL SYIFA


1. Merawat penyakit menggunakan Al-Quran dan Doa (Ruqayyah)

Perubatan berkonsepkan Islam menjadi lebih nyata dan ketara apabila si perawat menggunakan Al-Quran dan doa-doa yang diwariskan oleh nabi Muhammad (s.a.w) di dalam rawatannya. Sebenarnya penggunaan ayat-ayat Al-Quran di dalam merawat pesakit ada disarankan di dalam Al-Quran seperti maksud ayat ini: "Dan kami turunkan sebahagian dari Al-Quran (ayat-ayat) sebagai penawar (penyembuh) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. (Isra 18)"

2. Mengakui penyakit dan kesembuhan adalah datangnya dari Tuhan maha pencipta.

Penyakit datangnya dari Allah untuk menguji keimanan hamba-hambanya. Di dalam Al-Quran, Allah menyatakan kepada kita dengan jelas bahawa Dia menguji keimanan Nabi Ayub dengan mendatangkan satu penyakit kulit yang ganjil untuk menguji keimanan beliau. Mengikut sesetengah tafsir, Iblis laknatullah mencabar Allah (s.w.t) untuk menguji keimanan Nabi Ayub dengan kesengsaraan kerana pada pandangan Iblis, Nabi Ayub beriman kerana dia telah dianugerahkan Allah dengan kesihatan yang baik dan rezeki yang banyak. Iblis berhujah sekiranya Allah menjadikannya miskin dan sakit, nescaya Nabi Ayub akan marah dan kufur kepada Allah (s.w.t). Ternyata dakwaan Iblis melesit sama sekali. Keimanan Nabi Ayub menjadi semakin hebat dengan ujian tersebut.

Di dalam Al Quran Allah ada berfirman "Apabila aku sakit, Allah yang menyembuhkan". Ini adalah dalil yang cukup kuat menunjukkan bahawa Allahlah yang menyembuhkan segala penyakit. Rawatan dan ubat-ubatan yang kita ambil hanyalah sebagai ikhtiar secara zahir yang dituntut oleh Allah untuk kita lakukan. Namun hakikatnya, Allah jualah yang menyembuhkan penyakit kita.

3. Mengakui setiap penyakit ada ubatnya melainkan maut.

Nabi Muhammad (s.a.w) ada bersabda yang membawa maksud "Setiap penyakit ada ubatnya" dan "Tetaplah (amalkanlah) kamu dengan habbatus sauda (Nigella Sativa) kerana di dalam terdapat penyembuh bagi segala penyakit kecuali maut".

Hadith-hadith di atas membawa maksud setiap penyakit boleh dirawat sehingga sembuh, tak kiralah samada ianya HIV, kanser, H1N1 atau apa-apa jenis penyakit sekalipun. Mereka yang berpendapat bahawa penyakit kanser tidak ada penawar sebenarnya tidak berpegang kepada konsep perubatan Islam. Orang-orang yang sebegini akan mudah berputus asa, menyebabkan syaitan-syaitan dengan mudah dapat menguasai mereka. Kehadiran syaitan di dalam tubuh badan mereka akan menyebabkan penyakit mereka akan menjadi bertambah parah.

4. Kaedah rawatan dan perubatan mestilah tidak bercanggah dengan hukum-hukum asas Islam (syariat).

Kaedah rawatan penyakit paling biasa diamalkan di kalangan masyarakat tradisional Melayu ialah menyeru semangat-semangat dan ruh-ruh orang yang telah mati bagi memohon menyembuhkan sesuatu penyakit. Kaedah ini amat jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang menyuruh kita memohon kesembuhan dari Allah s.w.t. Kaedah lain yang diamalkan, juga bertentangan dengan ajaran Islam ialah merawat penyakit dengan menggunakan pertolongan makhluk halus yang dipanggil dengan pelbagai gelaran seperti orang bunian, jin dan sebagainya.

Juga tidak dikatakan mengikut perundangan Islam apabila ubat-ubatan yang digunakan adalah tidak halal atau halal tetapi tidak baik (syubhah). Ubat-ubatan yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada tubuh badan seperti dadah tidak mendapat tempat dalam rawatan Islam. Ia boleh digunakan untuk jangka masa pendek atau dalam keadaan darurat sahaja. Umum mengetahui kesan negatif dadah terhadap tubuh manusia amatlah menjengkelkan.

MENGAPA MANUSIA SAKIT

1. Sudut pandangan agama

Manusia sakit dan berpenyakit kerana Allah mahu menguji tahap keimanan mereka. Ujian dalam bentuk penyakit bertujuan untuk menilai tahap keimanan dan keyakinan seseorang kepada Penciptanya. Selain dari itu, Allah menjadikan seseorang itu sakit untuk membersihkan dosa-dosanya dan menaikkan darjatnya di sisi Allah. Ini juga dikenali sebagai kifarah (hukuman) yang mempunyai tujuan baik.

Bagi mereka yang tinggi darjat keimanannya, mereka melihat dan menerima penyakit dengan hati yang lapang dan gembira, kerana mereka yakin yang datang itu adalah rahmat Allah dan bukannya hukuman. Allah telah membukakan hijab pandangan mereka sehingga mereka nampak perkara-perkara yang tersirat yang baik di sebalik penyakit yang mendatang.

2. Sudut pandangan zahir

Manusia sakit dan berpenyakit disebabkan oleh kegagalan organ-organ tubuh badan menjalankan tugas mereka dengan betul. Organ-organ tubuh badan boleh gagal berfungsi disebabkan oleh kerosakan yang berlaku pada organ-organ tersebut. Sebagai contoh, seseorang boleh mendapat penyakit kencing manis apabila organ pankreas-nya gagal mengeluarkan insulin.

Kegagalan organ-organ tubuh badan dalam menjalankan fungsi-fungsinya adalah disebabkan oleh faktor-faktor persekitaran dan tabiat (lifestyle) hidup manusia. Keadaan persekitaran yang kotor dan pencemaran udara boleh menyababkan kuman-kuman dan bahan-bahan beracun masuk ke dalam badan kita dengan kuantiti yang banyak pada satu-satu masa, menyebabkan sistem immune tubuh badan kita tidak berupaya menangkisnya. Kuman dan bahan-bahan beracun ini, apabila masuk ke dalam tubuh melalui peredaran darah, akan menyerang organ-organ tubuh dan menyebabkan organ-organ tubuh cedera. Kecederaan ini menyebabkan organ-organ tubuh tidak dapat beroperasi secara optimal. Keadaan ini jika dibiarkan berlarutan berkemungkinan besar akan menyebabkan kecacatan kekal kepada organ dan boleh menyebabkan kematian.

PERIHAL SANTAU & PETUA MENGELAK SANTAU SEMASA MAKAN MINUM


Santau
  
Siapa yang biasa dan mudah terkena SANTAU ini?

Mangsa-mangsa ilmu hitam ini terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat tidak kira miskin, kaya menteri-menteri atau pun orang yang ternama, malahan ada juga yang menjadi sasaran ilmu-ilmu ini terdiri daripada golongan ulama sendiri.

Bagaimana ini boleh terjadi? Ini tidaklah menghairankan jika kita mengingati bahawa mengikut sebahagian ulama, Rasulullah s.a.w. sendiri telah kena pukulan sihir oleh seorang yahudi di zamannya. Untuk sahihnya sila rujuk kepada guru-guru agama yang arif.

Begitu juga dengan Nabi Allah Ayub AS yang menderita berpuluh-puluh tahun akibat perbuatan sihir. Nah, apakan lagi manusia biasa yang sering-sering lupa atau pun lalai di dalam menunaikan perintah ALLAH yang wajib dan ada juga yang menyimpan perasaan hati hasad dengki sesama sendiri. Maka dengan ini manusia tersebut akan lebih senang lagi dikuasai dan dipermain-mainkan oleh Iblis Syaitan laknat terkutuk.

Jadi saudara pembaca yang kami hormati, sejarah ini adalah pedoman yang positif bagi kita untuk menginsafi yang tiada siapa boleh terhindar dari pukulan-pukulan ilmu-ilmu sihir ini kecuali dengan kuasa ALLAH SWT.

Kita jangan lupa bahawa yang selalu mendapat ujian-ujian pahit dari ALLAH adalah orang-orang yang beriman sebagaimana yang diterangkan oleh ulama-ulama selama ini.

Pada Zaman bila popularnya ilmu santau ini ?

Kalau kita tinjau sejarah popularnya ilmu santau ini, kita akan teringat pada zaman penjajahan Belanda di negara jiran yang mana pada masa itu permainan ilmu santau ini mulai berkembang. Mengikut cerita daripada guru-guru silat dari negara jiran, ilmu santau ini juga dipergunakan untuk menyerang atau melumpuhkan penjajahan dikala itu.

Tetapi kita jangan lupa yang pada zaman nabi-nabi dahulu kalanya ilmu sihir ini memang sudah wujud, hanya setiap negeri itu mempunyai nama dan istilah sendiri. Kita mesti sentiasa mengingati yang ini tidak keluar dari konsep ilmu sihir iaitu kerjasama syaitan dan manusia dan tidak boleh dipergunakan di atas apa-apa alasan pun.

Bagaimana pula dengan zaman sekarang? Jawapannya, tetap ada. Mungkin perkara ini berkurangan daripada dahulunya, kerana kekuatan Islam sangat pesat berkembang maka para penganut atau para pewaris ilmu hitam ini secara otomatik tidak dapat mengembangkan kepada generasi yang seterusnya. Jika para pewaris tadi meninggal dunia maka ilmunya ikut serta hilang bersamanya, bukankah saudara pembaca budiman tidak kenal dengan konsep perjuangan Iblis Syaitan ini? Tentu Iblis Syaitan ini akan mengoda merayu kepada orang-orang yang kurang pendedahan kepada pelajaran agama sebagai sahabat dan teman karib bekerjasama untuk menganiaya sesama manusia.

Jadi begitulah kesimpulannya ilmu sihir (Santau) ini susah untuk pupus di permukaan bumi sampailah ke hari ini kerana Iblis Syaitan itu akan berusaha untuk mencari pengamal-pengamal yang baru dengan pelbagai-bagai cara.
Kenapa Si Pewaris SANTAU tesebut berani menganiaya?

Perkara-perkara yang mendorong pengamal ilmu ini untuk menganiaya, ada beberapa faktor yang sesetengahnya telah pun bapak bincangkan di dalam keluaran yang lepas, di antaranya:-

1.     Mencari Wang
2.     Balas dendam
3.     Meningkatkan Wibawa (Kononnya)
4.     Perjanjian dengan ilmunya. Maksudnya ialah ada sebahagian daripada pewaris ilmu santau tersebut dia mempunyai persumpahan dengan ilmunya, yang mana setiap tahunnya si pewaris ilmu mesti melepaskan santaunya kepada orang lain. Jika tidak santau tersebut serta merta memakan keluarga tuannya sendiri.

Satu ciri-ciri orang-orang yang mengamal ilmu syaitan ialah sifat-sifat kesyaitanan akan bersemadi di dalam diri orang itu. Iblis Syaitan memang menyimpan dendam terhadap manusia, maka dengan ini akan mendorong pengamal-pengamalnya supaya membuat angkara-angkara yang akan menjerumuskan si pengamal itu ke Neraka.

Dengan ini seorang yang bersahabat dengan syaitan akan mencerminkan sifat syaitan itu sendiri dan seorang yang mengamal ilmu-ilmu ALLAH akan juga mencerminkan sifat-sifat yang mulia. Dari sini kita dapat mengenali dengan secara kasar  apa amalan dan ilmu seseorang itu dari sifatnya. Biasanya, jahat ilmunya maka jahatlah si pengamalnya, baik ilmunya maka makin lama di amalkan makin baiklah sipengamal itu.

Ingatilah bahawa sifat amarah itu adalah perangai syaitan, maka orang-orang yang tidak dapat menguasai diri mereka umumnya di kuasai syaitan terutama sekali mereka yang terus berdamping dengannya. Dengan ini mereka tidak teragak-agak lagi untuk mempergunakan ilmu-ilmu mereka untuk menganiaya.

Bagaimana untuk mengetahui benda itu datang kepada kita?

Setiap pukulan ilmu sihir ada tanda-tanda yang lahir kepada diri orang yang hendak di hinggapinya. Begitu juga atas kedatangan sihir santau juga mempunyai tanda-tanda yang nyata pada diri orang yang akan kena. Hanya kebanyakan selama ini, kita tidak mengetahui tanda-tanda tersebut sehingga terlambat apa lagi jika ditambah lagi apabila keimanan yang menipis di dada. Tentu saudara pembaca budiman ingin tahu apakah tanda-tandanya.

Bagi ilmu santau angin, baru si Penyantau (tukang sihir) berancang hendak menghantar pukulannya sudah sampai desiran angin yang boleh di dengar di telinga kiri mangsanya.

Tanda-tanda selepas itu pula si mangsa akan berasa menyucuk-nyucuk sedikit di dada sebelah kiri. Tanda-tanda ini akan hilang dalam jangka masa sekejap sahaja.

Apabila sihir ini telah sampai pada mangsa, tanda-tandanya pula adalah seperti berikut:-

        Terasa seketika (dalam masa yang pendek) ada bagaikan tusukan-tusukan benda yang halus pada hujung-hujung jari tangan atau hujung-hujung jari kaki. Ini adalah petanda serangan sudah sampai (sudah masuk kepada diri kita).

        Setelah itu, tanda-tanda berikutnya kita mulai tidur dengan mimpi yang karut-karut yang menggerunkan malahan, ada yang sampai ke tahap mata mengantuk tetapi susah untuk tidur. Adakalanya di dalam mimpi kita di suguhkan hidangan-hidangan, minuman, adakalanya kelihatannya baik-baik adakalanya kelihatannya buruk-buruk. Terus kita pun makan atau minum. Maka  ini bermakna sampailah hajat si penyantau tadi.

        Berselang beberapa hari, adakalanya pada saat itu juga tekak akan terasa gatal, batuk mulai terkeluar dan dada terasa panas, sendi-sendi merasa lemah. Batuk tersebut mungkin sudah mula mengeluarkan darah

Kesemua tanda-tanda di atas ini adalah tanda-tanda kiriman santau (sihir dari jarak jauh).

Bagaimana pula tanda-tanda Santau yang berinduk atau pun yang dilangsungkan dengan tangan kedalam makanan atau minuman yang dihidangkan kepada kita?

Saudara pembaca yang budiman, sebelum kita mencuba makanan atau minuman tersebut, bagi kita penganut agama Islam, jangan lupa membaca BISMILLAH. Disamping kita membaca ayat ini, sebelum kita memegang dengan tangan makanan atau minuman itu, cuba kita gerakan hujung lidah kita ke langit-langit kita agar merasa geli, jika tiada merasa geli maka ini bermakna kita di dalam bahaya. Dan seterusnya jika jari kita menyentuh makanan, minuman tersebut, terasa semut-semut atau mencucuk-cucuk di hujung jari bererti bahaya santau mengancam diri kita. Ada juga kaedah melihat bayang diri dalam air, iaitu sambil baca Bismillah, kita perhatikan bayang-bayang kita di dalam air sebelum kita minum, jika tiada bayang2, bermakna kita dalam bahaya. 

Dan bagaimana pulak untuk minuman-minuman panas, jika tukang santau meletakkan ramuan santau di dalam minuman panas seperti kopi teh dan lain-lainnya, maka asap yang halus di dalam cawan atau gelas yang tersebut tidak akan naik dan keluar dari cawan atau gelas tersebut. Asap tersebut akan berputar-putar di permukaan gelas itu sahaja.

Jika saudara pembaca dapat melihat kejadian seperti begini bermakna saudara di ancam oleh serangan santau.

Minuman yang begini jika diberikan kepada binatang seperti ikan di dalam akuarium, biasanya binatang tersebut akan menderita dan mati.

Saudara-saudara pembaca, jangan gerun atau gentar, kata pepatah, "tak ajal berpantang maut, ". Dan begitu juga menurut Al Quran, tidak akan memberi bekas apa pun jua kepada kita jika Allah tidak mengizinkan.

Apa benteng yang kuat untuk mengatasinya?

1.     Mengenal tanda-tanda di atas. Apabila melihat tanda-tanda tersebut jangan makan makanan tersebut.

2.     Sebagai orang islam jangan minum atau makan begitu saja, kita mesti berserah diri dan bersyukur kepada ALLAH SWT yang menjadikan segala kejadian di alam ini.

3.     Rajin beramal dengan tulus ikhlas sehingga sihir tidak berani dekat dengan kita. Begitu juga ilmu santau tidak akan mengancam diri kita. Di sini benyak jenis amalan yang boleh kita lakukan dan disyorkan oleh ulama-ulama yang mursyid seperti amalan ayat kursi dan banyak lagi. Yang pentingnya amallah dengan penuh yakin terhadap kekuasaan ALLAH SWT  serta yakin tiada yang dapat memudharatkan selain dengan izinNYA.

Adakala Ramai masyarakat kita telah melihat dengan sendiri di Malaysia ini bekas minuman yang diisi santau tersebut pecah apa bila di sentuh oleh orang yang beramalkan seperti ini.

4.     Lurus hati yang bersih diantara benteng yang penting. Sebaliknya orang yang melakukan santau itu adalah orang yang berhati kotor tidak takut kepada hukum ALLAH SWT di dunia dan akhirat.

Kesimpulannya, yang kotor itu lawannya adalah yang bersih dan ALLAH SWT  bersama orang yang sentiasa mengingatinya.

Dengan ini bapak tidak lupa mengucapkan ribuan mohon maaf kepada para cerdik pandai dan ulama, sepandai-pandai tupai melompat satu saat akan jatuh juga, kenapa demikian? Makin tahu dan pintar kita maka makin banyak cobaan dan cabaran hidup. Begitu juga bahawa ALLAH SWT akan menguji hambanya tidak kira siapa pun juga.

5.     Sentiasa mendoakan saudara2 islam kita yang lain, terutama doa2 untuk menyembuh & mengelakkan penyakit. Moga2 dengan kaedah ini, Allah akan menjaga kita bersama2  keluarga kita sentiasa.

PEMUSNAH SIHIR : NAHDATUL SYIFA

http://nahdatulsyifa-perubatanislamkelantan.blogspot.com/

PERUBATAN ISLAM KELANTAN : NAHDATUL SYIFA

KHIDMAT RAWATAN (JARAK DEKAT / JAUH / ONLINE) :- 010-8011660


1. Masalah Khianat Orang, Sihir & Gangguan Makhluk Halus/Ilmu Hitam
2. Santau, Guna-Guna / Pelalau (Pembias Jodoh @ Bahasa Kelantan 'Mengambang')
3. Masalah Rumah-Tangga & Perniagaan
4. Masalah SAKA, Pendamping, Menuntut Ilmu Salah
5. Homoseks, Gay, Lesbian, Penkids DLL
6. Badi Mayat & Badi Haiwan
7. Benda Tajam dalam Badan
8. Bisa (Pelbagai jenis Bisa termasuk bisa sengatan serangga, bisa ular juga bisa sendi-sendi)
9. Gangguan Tidur
10. Kehilangan (Kehilangan barang atau anak lari dari rumah)
11. Keselamatan Diri dan Harta Benda
12. Lemah Semangat, Malas Melampau & Sering Rasa Nak Tido
13. Memasuki Rumah Baru atau Pejabat Baru
14. Memulihkan Pesakit Akibat Kesalahan Sendiri
15. Menghentikan Tabiat Buruk
16. Mudah Lupa
17. Mudah Marah
18. Murah Rezeki (Mengatasi Gangguan Hutang)
19. Nyanyuk
20. Panas Baran
21. Pelembut Hati
22. Pemisah (seperti memisah tabiat kanak-kanak hisap bantal busuk)
23. Pemutus Susu ( untuk bayi 2 tahun keatas daripada menyusu ibunya)
24. Penahan (Kencing Tak Tus, darah sentiasa mengalir dan seumpamanya)
25. Pendekat Jodoh
26. Penerang Hati
27. Penyakit yang Sukar diubati
28. Penyelera Makan
29. Resdung
30. Sakit dalam Dada (seperti Sesak Nafas)
31. Sakit Kepala / Migrain
32. Nafsu Terkunci @ Lemah Tenaga Batin
33. Sakit Lutut dan Bengkak Sendi
34. Sakit Perut
35. Sakit Rindu
36. Santau
37. Sawan (pelbagai jenis Sawan seperti Sawan Tangis, Tarik & Babi)
38. Segala jenis Gangguan Spiritual (termasuk gangguan sihir)
39. Selsema yang berterusan
40. Selusuh (Supaya senang melahirkan anak)
41. Sukar Bersalin (seperti disebabkan oleh bayi Songsang didalam rahim)
42. Masalah Berpoligami
43. Sukar Tidur Malam
44. Dan pelbagai jenis penyakit lain yang mungkin tidak tersenarai disini.